Sunday, January 8, 2012

NASI BERINGIN.

BAHAN2NYA;-
1 kg beras basmati
10 ulas bawang merah ~ hiris halus
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
2 cm halia ~ hiris nipis
1 batang serai ~ dihiris halus
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
air secukupnya
1 tin susu cair
sedikit minyak sapi
1 helai daun pandan
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA:-

  1. Panaskan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Tumis hingga naik bau
  3. Kemudian masukkan beras basmati yang telah dicuci dan susu cair serta air yang sama banyak dengan sukatan beras, jangan lupa masukkan daun pandan.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa hingga masak.

RENDANG MINANG.

BAHAN2NYA:-
1 kg daging ~ potong besar
1 kg santan
15 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
4 cm halia ~ dikisar
sedikit buah pala ~ ditumbuk
garam dan gula secukup rasa
10 batang serai ~ diketuk
2 cm lengkuas ~ diketuk
1 helai daun pandan ~ di simpul

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Campurkan bahan yang dikisar dengan santan. Masukkan serai, lengkuas dan daun pandan. Rendangkan dalam kuali. Setelah kuah agak pekat masukkan daging, buah pala, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan masak hingga kering dan warna rendang bertukar menjadi warna gelap.

p/s:-boleh titambah kerisik jika anda suka..

SAMBAL BALI AYAM

BAHAN2NYA:-
1 ekor ayam ~ potong 12
300 gm cili kering ~ dikisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
6 ulas bawang putih ~ dikisar
100 gm lengkuas ~ diketuk
10 batang serai ~ dketuk
1 tangkai daun kari
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
sedikit asam jawa

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Bersihkan ayam dan tus.
  2. Goreng ayam tanpa garam dan kunyit, jangan sampai garing. Angkat dan tuskan.
  3. Tumis serai yang telah diketuk bersama daun kari dan goreng sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar dan kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan bawang merah dan putih yang telah dikisar dan kacau sebati.
  6. Masukkan kicap manis, air asam jawa, lengkuas dan gula kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan ayam dan kacau sebati dengan api yang kecil sehingga pecah minyak dan tutup api, bolehlah dihidangkan.
p/s:- kalau rasa agak tawar bolehlah ditambah sedikit garam bagi mengenakkan lagi rasanya..rasa terpulang pada individu..

GULAI LEMAK CILIPADI UDANG DENGAN REBUNG

BAHAN2NYA:-
300 gm udang sederhana besar
200 gm rebung ~ hiris nipis
300 ml santan
2 keping asam gelugur
air secukupnya
4 tangkai cili padi ~ diketuk
1 batang serai ~ diketuk
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit

CARA MENYEDIAKANNYA:-

  1. Masukkan ke dalam periuk semua bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan, air, asam gelugur, cili padi dan serai.
  2. Didihkan atas dapur dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan rebung dan kacau sebentar.
  3. Kemudian baru dimasukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula, kalau suka boleh lah di tambah dengan serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.


p/s:- jika suka pedas boleh la cili padi di tambah dan dikisar bersama bahan2 kisar tadi, tambah ikut citarasa anda..

SOTONG TUMIS HALBA.

BAHAN2NYA:-
300gm sotong
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 cm halia ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
5 tangkai cili hijau ~ dihiris
1 batang serai ~ diketuk
2 sudu kecil halba
2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji limau nipis
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAKNYA:-
Tumis semua bahan hiris, serbuk kunyit dan halba hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong, garam, gula, serbuk perasa dan limau nipis secukup rasa dan gaul sebati sehingga sotong benar2 masak..

Saturday, January 7, 2012

AYAM MASAK KALIO

BAHAN2:-
400 gm ayam ~ potong sederhana
200 gm cili merah(buang biji)
2 sudu besar cabai kering kisar
250 ml santan
1 helai daun kunyit ~ di mayang
minyak secukupnya
garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:-
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 batang serai
20 gm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKANNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili merah dan cili kering kisar. Biarkan hingga garing. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air dan masak sehingga pekat. Biarkan lebih kurang 15-20 minit. Taburkan daun kunyit kacau dan sedia di hidangkan.

DAGING ASAM PEDAS BUNGA KANTAN

BAHAN2:-
500 gm daging ~ potong kiub @ nipis
3 tangkai cili merah ~ buang biji & kisar
3 sudu besar cili kering kisar
2 kuntum bunga kantan ~ dimayang
2 biji buah keras
200 ml air asam jawa
sedikit minyak, belacan, garam & gula

BAHAN KISAR:-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili merah, cili kisar dan belacan. Kacau hingga sebati kemudian masukkan daging dan kacau rata.
  3. Selepas itu masukkan air asam jawa, bunga kantan dan buah keras. Kacau hingga mendidih sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila kuah sudah agak mendidh dan daging pun empuk bolehlah dihidangkan.

GADING GULAI JAWA

BAHAN2:-
500 gm daging ~ potong kiub
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar cili merah kisar
500 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
2 cm belacan

BAHAN KISAR:-
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau. Masukkan belacan dan kunyit hidup.
  2. Kacau hingga sebati. Masukkan cili kisar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar halus.
  3. Kacau dan masukkan daging dan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah sedikit pekat atau pecah minyak..

SUP SINGGANG TULANG

BAHAN2:-
1 kg tulang lembu
3 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia~dihiris
2 cm lengkuas~dihiris
1 cm kulit kayu manis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih, dan kunyit ditumbuk lumat.
  2. Masukkan dalam periuk dan tuangkan air.
  3. Masukkan tulang, lengkuas, halia, asam gelugur dan kulit kayu manis.
  4. Rebus hingga empuk, kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

KERUTUP AYAM MAMA

BAHAN2:-
1 ekor ayam
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
2 sudu besar cili boh
1 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar ~ potong bulat
3 tangkai cili merah ~ belah 2
3 tangkai cili hijau ~ belah 2
750 ml santan
1 1/2 paket rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
sedikit air asam jawa, garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Ayam dipotong ikut suka dan citarasa anda. Bersihkan hingga cuci, ketepikan.
  2. Bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas ditumbuk hingga lumat.  Kemudian gaulkan dengan rempah kari, cili, kerisik, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan rempah yang digaul tadi sehingga agak pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  5. Masukkan ayam, garam, gula dan air asam jawa. Biarkan kuahnya pekat.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, gaul sebentar dan bolehlah dihidangkan.

AYAM GORENG HITAM

BAHAN2:-
1 ekor ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:-
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap selama sejam. Kemudian goreng..

SPAGETI GORENG

BAHAN2:-
1 paket spageti ~ rebus dan toskan
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
1/2 cawan tomato puri
4 sudu besar serbuk cili kasar
4 batang sosej ~ potong nipis
2 biji tomato ~ dicincang
100gm kacang buncih
1 sudu besar basil hancur(kering)
1 biji benggala
4 ketul ayam ~ potong kecil2 ambil isinya
sawi dan daun bawang
garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Sewaktu merebus spageti, air rebusan hendaklah dicampurkan dengan sesudu garam. Setelah empuk toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis kedua jenis bawang hingga layu.
  3. Kemudian masukkan serbuk cili dan puri tomato.
  4. Tumis hingga pecah minyak, masukkan gula, tomato cincang, garam dan basil.
  5. Masukkan pula sosej dan isi ayam, kacau sebentar. Kemudian masukkan kacang buncih, lada benggala, sawi dan daun bawang, kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan spageti dan gaul rata hingga masak.

SPAGETI GORENG TOMATO

BAHAN2:-
200 gm spageti ~ direbus
150gm daging/ayam ~ hiris halus
4 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar ~ dicincang
5 ulas bawang putih ~ dicincang
100gm puri tomato
3 sudu besar sos tomato
80gn cendawan shitake(cendawan hitam) ~ hiris halus
10gm oregano
10gm daun selasih
10gm daun parseli ~ potong kasar
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA2 MEMBUATNYA:-

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih dengan menggunakan minyak zaitun sehingga wangi.
  2. Masukkan dagin/ayam yang telah dihiris dan tumis sehingga daging masak.
  3. Masukkan cendawan dan gaul lagi. Kemudian masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan pasta yang telah direbus dan gaul rata.
  5. Taburkan oregano, daun selasih dan daun parseli dan gaul rata sebelum dihidangkan.

Friday, January 6, 2012

NASI GORENG CINA

BAHAN2:-
2  pinggan nasi putih
1 cawan udang ~ buang kulit
1 cawan isi ayam ~ rebus dan disiat
1 cawan kacang pes
1/2 batang lobak merah ~ potong dadu
2 batang kacang panjang ~ hiris nipis
4 biji telur ~ dipukul
5 tangkai cili merah ~ ditumbuk
5 ulas bawang merah ~ ditumbuk
daun bawang secukupnya ~ hiris halus
garam dan serbuk perasa secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumis cili dan bawang yg telah ditumbuk sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan udang dan daging ayam dan kacau rata. Masukkan kacang pes, lobak merah, kacang panjang yang telah dihiris halus dan kacau lagi.
  3. Biarkan selama 5 minit, kemudian masukkan telur sambil dikacau-kacau.
  4. Masukkan nasi serta sedikit garam dan haban perasa dan gaulkan rata-rata serta taburkan daun bawang.

AYAM KICAP MASAM MANIS


pagi tadi dah rungsing tak tau nak masak apa utk mkn tghari..so main campak2 je la, hehehe campak2 pun sedap jgk..so jadilah resepi campak2 ni, mungkin kalau korang try resepi campak2 korang pun mesti sedap bila dah xde idea nak msk apa kan..so ini lah hasilnya resepi campak2 je maka terhasillah nama ayam kicap masam manis..selamat mencuba ye

BAHAN2:-
7 ketul isi ayam (yang dipotong dalam ketulan kecil)
air asam jawa secukupnya
3@4 sudu besar kicap
garam serbuk kunyit dan gula secukup rasa
5 biji cabai melaka ~di ketuk sedikit
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat2

BAHAN TUMIS:-

2 ulas bawang putih ~ diketuk @ ditumbuk
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
4 inci halia ~ dihiris nipis2 memanjang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Garam kunyitkan ayam yang telah dibersihkan dan goreng hingga masak.
  2. Setelah selesai menggoreng ayam ketepikan.  Gunakan minyak ayam tadi untuk menumis.
  3. Tumis bahan2 utk tumisan tadi hingga garing kemudian maukkan ayam kembali dan air asam jawa secukupnya.
  4. Kemudian masukkan kicap, serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa, kacau hingga rata.
  5. Setelah sekata masukkan bawang besar dan cabai melaka yg telah diketuk dan kacau hingga agak kering (kalau mahu berkuah boleh di tambah sedikit air) kemudian bolehlah di angkat dan dihidangkan..
p/s- rasakan, kalau agk masan tambah sedikit gula lagi, biar rasanya agak masam2 manis..lebih enak kalau tidak berkuah sangat..

Friday, December 30, 2011

SPIRAL MARINARA.

undefined
p/s-oleh kerana anak2 tak gemarkan tuna saya mengantikan dgn isi ayam...kalau anda gemarkan tuna silakan dan kalau tidak boleh digantikan dgn ayam dan terima kasih sekali lagi pada http://resipicitarasawan.blogspot.com/ kerna berkongsi pasta yang enak ini...jom kita cuba..

BAHAN-BAHANNYA:-
300gm pasta spiral-rebus hingga lembut(6 minit), toskan.
3 ulas bawang putih-cincang halus
3 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
1 tin sos tomato prego
3 ekor sotong-dibersihkan dan potong
10 ekor udang saiz sederhana
1 tin tuna dicincang kasar
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato-potong dadu
1/2 batang carrot-potong dadu
garam dan serbuk lada putih secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Rebus pasta dengan sedikit minyak hingga lembut, toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga perang masukkan carrot, sotong, udang dan sedikit air. Biarkan seketika.
  3. Masukkan pasta, sos tomato prego, sos tomato dan tuna. Gaulkan hingga rata.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.

SPAGHETTI SOS KEJU

undefined
terima kasih pada http://resipicitarasawan.blogspot.com/ kerna berkongsi resepi ini, sedap...harap anda pun boleh cuba..

BAHAN-BAHANNYA:-
200gm spaghetti-rebus hingga lembut
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu besar majerin untuk menumis

BAHAN SOS KEJU:-
2 sudu besar majerin
1/2 labu bawang besar-dicincang
1 sudu besar tepung gandum
600ml susu cair
100gm cendawan butang-dipotong
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
50gm keju parutan keju cheddar
50gm keju untuk taburan

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Panaskan majerin, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan spaghetti, gaul rata dan ketepikan.
  2. Untuk sos keju- Panaskan majerin masukkan bawang besar dan tumis hingga layu. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin dan tidak beketul.
  3. Masukkan cendawan butang, garam, serbuk lada hitam dan keju. Masak hingga hampir kental.
  4. Hidangkan spaghetti bersama sos keju dan taburkan keju.
*sos keju dituangkan ketika hendak dihidagkan supaya sos tidak meresap ke dalam spaghetti.

SPAGHETTI BLALOGNESE

undefined
resepi ini pun saya ambil dari http://resipicitarasawan.blogspot.com/ dan sememangnya sedap, ni semua anak2 la yang dok gaduh sangat suruh buat spagetthi kononnya nak rasa macam mana rasanya sedap ke tak..alhamdullilah sangat sedap, cubalah...

BAHAN-BAHANNYA:-
1 bungkus spaghetti(500gm)

BAHAN-BAHANNYA:-
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih-ditumbuk halus
1 labu bawang besar-dipotong dadu
400gm daging kisar
500ml air
1 kiub stok daging
2 biji buah tomato-potong dadu
1/2 batang carrot-potong dadu
1 tin cendawan butang-dihiris
1 biji ubi kentang-potong dadu
1 botol besar sos tradisional prego
3 sudu besar tomato sos/tomato pure
oregano dan parsley secukupnya
parutan keju jika suka
bebola daging secukupnya jika suka
gula dan garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Rebua spaghetti dengan sedikit minyak dan garam hingga lembut, toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar hingga keemasan, masukkan daging kacau hingga berubah warna dan sedikit kering. Masukkan air, carrot dan ubi kentang dan biarkan sekejap supaya empuk.
  3. Masukkan sos tomato, cendawan, tomato dadu, sos prego, stok daging, oregano, parsley, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  4. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  5. Rebus bebola gading toskan airnya. Sajikan dengan spaghetti dan taburkan keju atasnya.

SALAD SAYUR CAMPURAN

undefined

BAHAN-BAHANNYA:-
1 batang timun
1 biji tomato
1 biji cili bengala(capsium)
5 kelopak daun salad
2 kelopak kobis ungu
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA:-
Cuci, tos dan potong/hiris semua sayuran, gaulkan bersama parutan bawang putih, minyak zaitun, jus lemon, garam dan serbuk lada hitam dan gaul rata. Hidang bersama mayonis/thousand island dressing.

p/s: resepi ni saya ambik kat blog http://resipicitarasawan.blogspot.com/ terima kasih la sbb sudi berkongsi resepi ni, salad ni memang sedap cuma saya x berapa gemarkan capsium jadi saya buat x bubuh capcium tapi rasanya tetap enak harap anda pun dapat merasakan keenakannya bersama saya, jom sama2 saya berdiet dengan salad ini..

Sunday, December 4, 2011

KEK MENTEGA COKLAT..


bahan-bahan:-
5 biji telur (gred A)
1 1/2 cawan gula kasar
1 1/2 cawan butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri-ayak
1 1/2 sudu kecil esen vanila
milk chokolat untuk hiasan-dicairkan
ketulan coklat
1/2 cawan kismis
sedikit coklat cip warna putih+koko

cara membuatnya:-

  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
  2. Pukul mentega di dalam bekas lain hingga kembang.
  3. Kemudian campurkan adunan telur dan gula tadi kedalam adunan mentega dan pukul sebentar.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan esen vanila dan gaul rata.
  6. Masukkan pula kismis da ketulan coklat dan gaul rata,jangan terlalu lama mengaul coklat tadi takut ia mencair.
  7. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.
  8. Lapik acuan kek dengan aluminum foil.
  9. Kemudian bubuh kek dalam bekas kek tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan tadi.
  10. Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 1 jam.
  11. Bila kek telah masak biarkan ia di dalam oven selama 20 minit dan barulah dikeluarkan.
  12. Setelah kek sejuk salutkan kek dengan milk coklat yang telah dicairkan  dan taburkan coklat chip di atasnya dan biarkan coklat tadi kering dan bolehlah dimakan..
#: sebaik-baiknya sukatan cawan ini di sukat dengan cawan yang telah sedia ada di jual di pasaraya, bila sukatan nya betul barulah kek kita menjadi..
#: acuan kek ini hendaklah yang besar kalau acuan kek ini kecil mungkin kek ini akan cepat pecah(merkah) seeloknya biarlah yang besar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resources