bahan-bahan:-
5 biji telur (gred A)
1 1/2 cawan gula kasar
1 1/2 cawan butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri-ayak
1 1/2 sudu kecil esen vanila
milk chokolat untuk hiasan-dicairkan
ketulan coklat
1/2 cawan kismis
sedikit coklat cip warna putih+koko
cara membuatnya:-
- Pukul telur dengan gula hingga kembang.
- Pukul mentega di dalam bekas lain hingga kembang.
- Kemudian campurkan adunan telur dan gula tadi kedalam adunan mentega dan pukul sebentar.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
- Kemudian masukkan esen vanila dan gaul rata.
- Masukkan pula kismis da ketulan coklat dan gaul rata,jangan terlalu lama mengaul coklat tadi takut ia mencair.
- Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.
- Lapik acuan kek dengan aluminum foil.
- Kemudian bubuh kek dalam bekas kek tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan tadi.
- Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 1 jam.
- Bila kek telah masak biarkan ia di dalam oven selama 20 minit dan barulah dikeluarkan.
- Setelah kek sejuk salutkan kek dengan milk coklat yang telah dicairkan dan taburkan coklat chip di atasnya dan biarkan coklat tadi kering dan bolehlah dimakan..
#: acuan kek ini hendaklah yang besar kalau acuan kek ini kecil mungkin kek ini akan cepat pecah(merkah) seeloknya biarlah yang besar...
0 comments:
Post a Comment