Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

KERUTUP AYAM CINTAMAMA

BAHAN2NYA:-
1 ekor ayam ~ potong 12
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halisa
1 cm kunyit
10 tangkai cili merah
2biji buah keras
3 sudu besar rempah beriani
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan kerisik
1/2 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil madu
1/2 cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 labu bawang besar ~ dimayang
3 ulas bawang putih ~ dihiris

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah dan buah keras dikisar halus dan gaulkan dengan ketulan ayam yang telah dibersihkan dan perap selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih yang dihiris dan kulit kayu manis sehingga kekuningan.
  3. Masukkan rempak beriani, sos tomato, sos cili, cili kisar dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan ayam yang telah diperap dan gaul sebati. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan air, susu cair dan biar ia mendidih. Kemudian masukkan kerisik, garam dan madu. Kacau rata dan masak hingga mesra dan kuah agak sedikit kering.
  6. Anda boleh menghiaskan ia dengan taburan bawang goreng, badam panggang dan daun ketumbar.

SAMBAL BALI AYAM

BAHAN2NYA:-
1 ekor ayam ~ potong 12
300 gm cili kering ~ dikisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
6 ulas bawang putih ~ dikisar
100 gm lengkuas ~ diketuk
10 batang serai ~ dketuk
1 tangkai daun kari
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
sedikit asam jawa

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Bersihkan ayam dan tus.
  2. Goreng ayam tanpa garam dan kunyit, jangan sampai garing. Angkat dan tuskan.
  3. Tumis serai yang telah diketuk bersama daun kari dan goreng sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar dan kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan bawang merah dan putih yang telah dikisar dan kacau sebati.
  6. Masukkan kicap manis, air asam jawa, lengkuas dan gula kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan ayam dan kacau sebati dengan api yang kecil sehingga pecah minyak dan tutup api, bolehlah dihidangkan.
p/s:- kalau rasa agak tawar bolehlah ditambah sedikit garam bagi mengenakkan lagi rasanya..rasa terpulang pada individu..

Saturday, January 7, 2012

AYAM MASAK KALIO

BAHAN2:-
400 gm ayam ~ potong sederhana
200 gm cili merah(buang biji)
2 sudu besar cabai kering kisar
250 ml santan
1 helai daun kunyit ~ di mayang
minyak secukupnya
garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:-
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 batang serai
20 gm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKANNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili merah dan cili kering kisar. Biarkan hingga garing. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air dan masak sehingga pekat. Biarkan lebih kurang 15-20 minit. Taburkan daun kunyit kacau dan sedia di hidangkan.

KERUTUP AYAM MAMA

BAHAN2:-
1 ekor ayam
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
2 sudu besar cili boh
1 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar ~ potong bulat
3 tangkai cili merah ~ belah 2
3 tangkai cili hijau ~ belah 2
750 ml santan
1 1/2 paket rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
sedikit air asam jawa, garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Ayam dipotong ikut suka dan citarasa anda. Bersihkan hingga cuci, ketepikan.
  2. Bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas ditumbuk hingga lumat.  Kemudian gaulkan dengan rempah kari, cili, kerisik, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan rempah yang digaul tadi sehingga agak pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  5. Masukkan ayam, garam, gula dan air asam jawa. Biarkan kuahnya pekat.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, gaul sebentar dan bolehlah dihidangkan.

AYAM GORENG HITAM

BAHAN2:-
1 ekor ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:-
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap selama sejam. Kemudian goreng..

Friday, January 6, 2012

AYAM KICAP MASAM MANIS


pagi tadi dah rungsing tak tau nak masak apa utk mkn tghari..so main campak2 je la, hehehe campak2 pun sedap jgk..so jadilah resepi campak2 ni, mungkin kalau korang try resepi campak2 korang pun mesti sedap bila dah xde idea nak msk apa kan..so ini lah hasilnya resepi campak2 je maka terhasillah nama ayam kicap masam manis..selamat mencuba ye

BAHAN2:-
7 ketul isi ayam (yang dipotong dalam ketulan kecil)
air asam jawa secukupnya
3@4 sudu besar kicap
garam serbuk kunyit dan gula secukup rasa
5 biji cabai melaka ~di ketuk sedikit
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat2

BAHAN TUMIS:-

2 ulas bawang putih ~ diketuk @ ditumbuk
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
4 inci halia ~ dihiris nipis2 memanjang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Garam kunyitkan ayam yang telah dibersihkan dan goreng hingga masak.
  2. Setelah selesai menggoreng ayam ketepikan.  Gunakan minyak ayam tadi untuk menumis.
  3. Tumis bahan2 utk tumisan tadi hingga garing kemudian maukkan ayam kembali dan air asam jawa secukupnya.
  4. Kemudian masukkan kicap, serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa, kacau hingga rata.
  5. Setelah sekata masukkan bawang besar dan cabai melaka yg telah diketuk dan kacau hingga agak kering (kalau mahu berkuah boleh di tambah sedikit air) kemudian bolehlah di angkat dan dihidangkan..
p/s- rasakan, kalau agk masan tambah sedikit gula lagi, biar rasanya agak masam2 manis..lebih enak kalau tidak berkuah sangat..

Tuesday, September 13, 2011

KEPAK AYAM BERMADU.

BAHAN-BAHAN:-
6 keping kepak ayam
50gm bawang besar
sedikit salad utk hiasan

BAHAN PERAP:-
sedikit kunyit
sedikit rempah kurma
sedikit garam

BAHAN CAMPURAN:-
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 sudu besar madu
1 sudu kecil oregano
2 helai daun bay

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Bersihkan kepak ayam kemudian perap dengan bahan perap. Perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dan lalu goreng ayam sehingga kekuningan dan masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan bahan campuran seketika, masukkan semula ayam yang telah siap di goreng tadi dan gaul sebati kemudian angkat dan hidangkan.

AYAM MASAK MERAH.

BAHAN-BAHANNYA:-
1 ekor ayam (sederhana kecil)-potong kecil
1 mangkuk kecil cili kisar
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tomato puri

BAHAN A:-
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

BAHAN B:- (kisar bersama)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 biji tomato
segengam cili kering ( ikut selera masing2, kalau suka pedas bubuh byk kalau x suka pedas kurangkan cili)
minyak utk menumis dan mengoreng

HIASAN:-
daun sup dan daun bawang- potong dlm 2@3 inci
1 biji tomato- belah 4
1 1/2 sudu besar kacang peas dlm tin
1 biji bawang besar- potong bulat

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Goreng ayam jangan terlalu garing dan angkat, buat hingga habis dan ketepikan.
  2. Guna minyak yang sama cuma kurang kan minyak sedikit, bila minyak sudah panas tumiskan bahan A dan kemudian masukkan bahan2 B tadi. Kacau hingga pecah minyak dan cili masak dengan elok.
  3. Kemudian masukkan tomato puri, susu cair, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Masak hingga sambal agak2 pekat, masukkan ayam dan kacau hingga kuah sambal sedikit kering.
  4. Masukkan bahan2 hiasan tadi dan kaup balik sebentar dan tutup api. Bolehlah di hidangkan.
p/s:-kalau x suka guna susu cair boleh juga diganti dengan pati santan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resources