1 ekor ayam ~ potong 12
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halisa
1 cm kunyit
10 tangkai cili merah
2biji buah keras
3 sudu besar rempah beriani
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan kerisik
1/2 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil madu
1/2 cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 labu bawang besar ~ dimayang
3 ulas bawang putih ~ dihiris
CARA MEMBUATNYA:-
- Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah dan buah keras dikisar halus dan gaulkan dengan ketulan ayam yang telah dibersihkan dan perap selama 20 minit.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih yang dihiris dan kulit kayu manis sehingga kekuningan.
- Masukkan rempak beriani, sos tomato, sos cili, cili kisar dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan ayam yang telah diperap dan gaul sebati. Biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan air, susu cair dan biar ia mendidih. Kemudian masukkan kerisik, garam dan madu. Kacau rata dan masak hingga mesra dan kuah agak sedikit kering.
- Anda boleh menghiaskan ia dengan taburan bawang goreng, badam panggang dan daun ketumbar.
0 comments:
Post a Comment