BAHAN2:-
7 ketul isi ayam (yang dipotong dalam ketulan kecil)
air asam jawa secukupnya
3@4 sudu besar kicap
garam serbuk kunyit dan gula secukup rasa
5 biji cabai melaka ~di ketuk sedikit
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat2
BAHAN TUMIS:-
2 ulas bawang putih ~ diketuk @ ditumbuk
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
4 inci halia ~ dihiris nipis2 memanjang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA:-
- Garam kunyitkan ayam yang telah dibersihkan dan goreng hingga masak.
- Setelah selesai menggoreng ayam ketepikan. Gunakan minyak ayam tadi untuk menumis.
- Tumis bahan2 utk tumisan tadi hingga garing kemudian maukkan ayam kembali dan air asam jawa secukupnya.
- Kemudian masukkan kicap, serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa, kacau hingga rata.
- Setelah sekata masukkan bawang besar dan cabai melaka yg telah diketuk dan kacau hingga agak kering (kalau mahu berkuah boleh di tambah sedikit air) kemudian bolehlah di angkat dan dihidangkan..
0 comments:
Post a Comment