Wednesday, August 24, 2011

MARUKU BONDA


1 bungkus tepung kacang kuda
1 sudu besar lemuju yg telah dikisar dan ayak
4 sudu besar udang kering-basuh & jemur kemudian kisar halus
250gm tepung ubi
1 bungkus rempak kari daging kecil ( kalau nak pedas tambah rempah)
1 sudu kecil ajinomoto
2setengah sudu kecil garam
daun kari secukupnya
1 biji bawang besar - kisar dan ambil airnya saja dan campur dengan pati santan
pati santan

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Bubuh kacang kuda dalam besen kemudian campurkan tepung ubi, rempah kari, ajinomoto dan garam.
  2. Gaul rata dan kemudian campur lemuju dan udang.
  3. Air bawang yang dicampur dengan pati santan dituang sedikit demi sedikit kedalam adunan tepung dan uli sampai menjadi doh yg lembut. Jangan terlalu banyak air yg dituang, agak2 dan jangan terlalu keras atau lembik...
  4. Masukkan dalam acuan maruku dan putar dalam minyak yang panas. Bila maruku agak kekuningan baru di masuk kan daun kari, daun kari ni ikut suka kalau banyak semakin sedap baunya. Kacau sebentar dan angkat lalu sejatkan minyaknya..

Tuesday, August 23, 2011

POPIA SALJI.


1 bgkus kulit popia
3 sudu besar susu tepung nespray
2 sudu besar gula aising
kuning telur

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Potong atau bahagi 4 kulit popia(jika yang kecil)
  2. Gulung serong atau memanjang ikut suka anda dan lekatkan hujungnya dengan kuning telur. Buat sampai habis kulit.
  3. Kemudian goreng dengan minyak yang banyak. Goreng jangan terlampau garing, kemudian angkat dan sejat.
  4. Biarkan sejuk sebelum dicelup dengan campuran susu dan gula aising tadi.


info* kalau popia nampak byk dari bahan celup tadi boleh lah tambah lagi susu dan gula, susu mesti melebihi gula.

BISKUT NESTUM RANGUP.


400gm butter
140gm gula halus
2 biji kuning telur
60gm tepung jagung
400gm tepung gandum
40gm badam hancur
180gm nestum
1 sudu besar esen vanilla

CARAMEMBUATNYA:-

  1. Pukul butter dengan gula halus sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan kuning telur. Pukul hingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan pula tepung jagung, tepung gandum, badam, nestum dan esen vanilla. Uli sampai menjadi doh.
  4. Canai dan terapkan mengikut acuan yang anda sukai.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga kekuningan atau 20-25 minit.
  6. Hiaskan dengan coklat masakan..

CHOKOLAT BERRY


300gm kellogg's cornflakes
500gm coklat susu kompaun
100gm canberi kering - dicincang
100gm kismis - ptg 2
cawan kertas secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Cairkan coklat susu kemudian masukkan cornflakes, canberi kering dan kismis. Gaul hingga coklat menutupi semua bahan tadi...
  2. Masukkan adunan kedalam cawan kertas, kemudian masukkan ia dalam peti sejuk selama 5-6 minit agar coklat keras.

Monday, August 22, 2011

KUIH KASWI.

BAHAN-BAHAN:-
240gm tepung gandum
50gm tepung ubi
1 sudu teh kapur
50gm kelapa parut~digaul dengan sedikit garam

BAHAN A:-
1.3 liter air
240gm gula pasir
200gm gula merah

* semua bahan A dimasak hingga larut.(sejukkan sebelum di campur dalam aduanan tepung)

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Campurkan tepung gandum bersama tepung ubi dan gaul rata.
  2. Masukkan bahan A bersama kapur dan gaul rata.
  3. Tapis adunan dan tuangkan dalam loyang.
  4. Panaskan kukusan dan kukus hingga masak.
  5. Biarkan sejuk dan potong. Gaulkan bersama kelapa parut dan hidangkan.

info:- jangan biarkan air terlalu banyak, jika tidak adunan akan menjadi terlalu lembik dan sukar di potong.

OAT SUSU

500gm oat
300gm tepung gandum
230gm gula kastor
250gm butter
1 sudu kecil emplex
75gm serbuk koko
50gm serbuk gajus
50gm badam cincang
7 sudu besar minyak sapi
susu tepung nespray ~ untuk disalut

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  2. Campur semua bahan kecuali minyak sapi.
  3. Kacau hingga sebati dan kemudian barulah dimasukkan minyak sapi dan uli adunan hingga lembut.
  4. Canai dan terap adunan mengikut acuan yang disukai.
  5. Bakar pada suhu 175C selama 25 minit.
  6. Selepas biskut sejuk salutkan dengan susu tepung.

BRIGHT EYES COOKIES.


250gm butter
100gm tepung jagung
100gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh air ais
tepung gandum secukupnya
badam cincang secukupnya
jem strawberi secukupnya
putih telur ~ untuk dicelup

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Pukul mentega, gula dan air sejuk. Masukkan telur, esen vanilla dan pukul terus.
  2. Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum, gaul sebati hingga lembut (tepung gandum di bubuh hingga adunan menjadi lembut. Doh jangan terlalu keras).
  3. Bulat-bulatkan adunan dan celupkan dalam putih telur dan lubangkan ditengahnya dan tabur atau celup dalam  badam di sekelilingnya.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak.
  5. Bakar separuh masak, kemudian keluarkan dan isikan jem strawberi ditengah-tengah lubang tadi, bakar semula hingga masak.


ALMOND LONDON

250gm butter
1 biji kuning telur
tepung gandum secukupnya
100gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
100gm gula halus
1/2 sudu teh air ais
coklat masakan ~ cairkan utk celup
badam bij secukupnya ~ panggang sebentar
badam kisar ~ utk ditabur
cawan kertas

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Pukul mentega, gula dan air ais. Masukkan telur, esen vanilla dan pukul terus.
  2. Masukkan pula tepung jagung, tepung gandum dan gaul hingga sebati dan lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan masukkan sebiji badam yg telah dipanggang dan kemudian kepal2kan adunan menjadi bujur. Buat sampai habis doh.
  4. Bakar dalam oven hingga masak pada suhu 180C selama 25 minit.
  5. Bila sudah masak, sejukkan sebelum dicelup dalam coklat masakan yg telah dicairkan dan bubuh dalam cawan kertas dan tabur badam atasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resources