Monday, August 5, 2013

BISKUT STIK OREN.

Bahan A:~
100 gm butter
70 gm gula aising
30 gm shorterning
1 biji kuning telur
1 sudu makan pes oren sunquick

Bahan B-ayak:~
240 gm tepung rose (rose flour)
30 gm nestum-diramas halus
20 gm susu tepung
1/8 sudu teh soda bikabornat
1/8 sudu teh garam

Bahan hiasan:~
coklat masakan putih
coklat masakn koko
serbuk roti kuning

Cara membuatnya:~

  • Pukul butter bersama gula aising sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan shorterning, kuning telur dan pes oren sunquick. Pukul rata.
  • Kemudian masukkan semua bahan B dan gaul rata dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  • Canai doh dan terap dengan acuan pilihan. Bakar pada suhu 160 darjah selcius selama 15-20 minit. Sejukkan atas redai.
  • Akhir sekali paipkan coklat putih dan koko secara berselang seli dan taburkan serbuk roti atasnya. Siap tuk di hidangkan..



BISKUT KACANG HIJAU.

Bahan-bahan:~
200 gm butter
110 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung rose (rose flour)
30 gm tepung jagung
20 gm tepung kacang hijau
1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar susu tepung
20 gm horlick
20 gm badam hancur
20 gm kacang hijau tumbuk

Bahan hiasan:~
kacang hijau tumbuk secukupnya
kuning telur
pewarna kuning telur

Cara membuatnya:~

  • Pukul gula bersama butter hingga sebati dan kembang dan masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
  • Ayak tepung rose, tepung jagung, tepung kacang hijau, serbuk penaik, susu tepung dan horlick.
  • Kemudian masukkan kacang hijau tumbuk kedalam bahan yg di ayak tadi dan gaul rata kemudian barulah tepung2 tadi semua di masukkan kedalam adunan mentega dan gaul rata.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Canai dan terapkan dengan acuan pilihan anda dan susun atas dulang pembakar.
  • Sapukan kuning telur yg telah di campur dengan sedikit pewarna kuning telur di atas permukaan biskut dan taburkan dengan kacang hijau tumbuk.
  • Bakar pada suhu 150 darjah selcius selama 15-20 minit atau sehingga masak.

BISKUT CAPPUCCINO MAMBO.

Bahan A:~
100 gm butter
80 gm shortening
80 gm gula aising
1/2 sudu kecil esen cappuccino

Bahan B:~
170 gm tepung superfine
100 gm tepung jagung
20 gm badam-dikisar
20 gm nestum-diramas hingga hancur

Bahan hiasan:~
gula warna warni
1 biji kuning telur
sedikit perawna kuning telur
gula berbentuk love kecil

Cara mambuatnya:~

  • Satukan kesemua bahan A dan pukul hingga rata.
  • Selepas itu masukkan semua bahan B satu persatu. Uli dah sehingga lembut.
  • Canai doh dan terap dengan acuan pilihan anda dan susun atas dulang yg siap di lenser dgn mentega.
  • Kemudian sapukan kunimng telur yg telah di campur dengan pewarna kuning telur dan taburkan gula2 love dan taburkan gula kristal berwarna keatasnya.
  • Akhir sekali bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selcius selama 15-20 minit.


BISKUT KANA PANDAN.

Bahan A :~
250gm butter
50 gm gula kastor

Bahan B:~
1 biji kuning telur
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pes pandan

Bahan C:~
300 gm tepung rose (rose flour)
100 gm tepung jagung
30 gm serbuk badam
20 gm susu tepung

Bahan hiasan:~ jem strawberi @ apa jua jenis jem yg anda sukai

Cara menyediakan:~

  • Satukan bahan A dan gaul hingga sebati.
  • Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata.
  • Masukkan pula semua bahan C yg diayak bersama dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  • Terapkan dengan acuan biskut bentuk bujur (bentuk buah kana) dan susun di atas dulang pembakar, bakar pada suhu 150 darjah selcius selama 15-20 minit.
  • Bila biskut sudah masak dan sedikit sejuk sapukan jem dan cantumkan biskut tadi. Sedia di hidangkan.

BISKUT SWEET MAMA.

Bahan-bahannya:~
250 gm butter
180 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1/4 sudu kecil esen vanila
300 gm tepung beras
100 gm rose flour
2 sudu besar tepung kastard
100 gm serbuk badam

Bahan hiasan:~
kuning telur
pewarna kuning telur
gula2 manik secukupnya @ apa juga jenis hiasan yg anda suka.

Cara membuatnya:~

  • Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila kemudian kacau lagi hingga sebati.
  • Ayak tepung beras, tepung rose dan tepung kastard. Kemudian campurkan bersama dengan serbuk badam.
  • Campurkan kesemua bahan kering tadi ke dalam adunan mentega tadi dan uli hingga membentuk doh.
  • Canai adunan dan terap dengan sebarang acuan kegemaran anda. Sapu atas biskut dengan kuning telur dan hias dengan gula-gula manik dan susunkan atas dulang pembakar.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selcius selama 10-15minit atau hingga kekuningan.

BISKUT GAJUS.




 Bahan-bahan:~
300 gm tepung rose (rose flour)-ayak
220 gm minyak sapi
150 gm gula halus/kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
80 gm kelapa kering
1/2 sudu kecil garam

Bahan Hiasan:~
biji buah gajus secukupnya
1 biji telur kuning
pewarna kuning telur

Cara membuatnya:~

  • Pukul minyak sapi, gula halus @ kastor, garam dan kuning telur sampai ringan.
  • Masukkan tepung gandum dan kelapa kering, kacau sehingga sebati. Canaikan adunan dan tekap dengan acuan kesukaan anda.
  • Sapukan bahagian atas biskut dengan kuning telur yg telah di campurkan dengan sedikit pewarna kuning telur dan hiaskan dengan kacang gajus.
  • Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah selcius atau sehingga kuning keemasan.
p/s~ tepung di gaul bersama kelapa kering sebelum di campur ke dalam adunan tadi...

SAMPERIT PANDAN


Bahan A:~
200 gm butter
100 gm gula kastor
1 sudu kecil esen pandan
1 1/2 sudu kecil pandan paste
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan B:~
200 gm tepung jagung
120 gm tepung ubi
30 gm tepung beras
1/8 sudu kecil soda bikarbonat
*semua bahan B di ayak bersama

Bahan hiasan:~ coklat cip buterrscort

Cara membuatnya:~

  1. Mula-mula pukul semua bahan A hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan B kedalam bahan A yg telah di pukul.
  3. Selepas itu uli doh dan tekan dengan acuan bunga dahlia(samperit).
  4. Hiaskan dgn coklat cip buterscort,
  5. Kemudian bakar biskut dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 18 minit..

Friday, February 17, 2012

SANDWIC AYAM

bahan-bahan:-
200gm isi ayam
roti
salad
tomato
timun
mayonis
sos cili
keju keping
1/2 sudu kecil oregano kering
1 sudu kecil serbuk paprika
garam
mentega/marjerin

cara mambuatnya:-

  • Isi ayam dipotong nipis dan lebar.
  • Perapkan dengan garam, serbuk paprika dan oregano selama setengah jam.
  • Panaskan sedikit mentega dan masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan ia masak dan airnya kering.
  • Roti dibelah dua dan dibakar sebentar
  • Sapukan mayonis dan susunkan timun,salad dan tomato.
  • Kemudian susun isi ayam dan tuangkan sos.
  • Keju keping dipotong kecil memanjang dan susun di atasnya.

RENDANG IKAN MAMA

Bahan2:-
1 kg ikan tengiri
1 biji kelapa~parut
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit~mayang halus
3helai daun limau purut
minyak masak secukupnya
garam dan gula

Bahan Kisar:-
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putis
10 tangkai cili padi
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai

cara menyediakannya:-

  • Ikan digaul dengan kunyit dan goreng. Ketepikan.
  • Setengah biji kelapa parut dijadikan kerisik dan setengah biji lagi diambil santan. Ketepikan.
  • Tumis bahan kisar sehingg garing kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, daun limau dan garam.
  • Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.Kalau boleh biarlah kuahnya sedikit pekat agar ia tersalut elok dengan ikan.

Sunday, January 8, 2012

KERUTUP AYAM CINTAMAMA

BAHAN2NYA:-
1 ekor ayam ~ potong 12
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halisa
1 cm kunyit
10 tangkai cili merah
2biji buah keras
3 sudu besar rempah beriani
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan kerisik
1/2 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil madu
1/2 cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 labu bawang besar ~ dimayang
3 ulas bawang putih ~ dihiris

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah dan buah keras dikisar halus dan gaulkan dengan ketulan ayam yang telah dibersihkan dan perap selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih yang dihiris dan kulit kayu manis sehingga kekuningan.
  3. Masukkan rempak beriani, sos tomato, sos cili, cili kisar dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan ayam yang telah diperap dan gaul sebati. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan air, susu cair dan biar ia mendidih. Kemudian masukkan kerisik, garam dan madu. Kacau rata dan masak hingga mesra dan kuah agak sedikit kering.
  6. Anda boleh menghiaskan ia dengan taburan bawang goreng, badam panggang dan daun ketumbar.

MEE REBUS ANA

BAHAN2NYA:-
4 cawan air
5 ulas bawang putih ~dicincang halus
20 ekor udang harimau ~ dikupas kulitnya dan dibersihkan
17 biji bebola ikan
1 peket mee kuning
1 sudu besar lada hitam  ~ ditumbuk halus
1 ikat sawi ~ dipotong, asingkan batang  dan daunnya
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
garam dan serbuk perasa secukupnya
cili padi untuk hiasan

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan udang dan bebola ikan. Biarkan udang menjadi setengah masak.
  2. Masukkan air, sos tiram dan lada hitam biarkan mendidih.
  3. Masukkan batang sawi dan kacau sebentar. Masukkan mee kuning dan didihkan selama 2 minit sebelum dimasukkan daun sawi, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Hiaskan dengan cili padi sebelum dihidangkan.

OPOR DAGING

BAHAN2NYA:-
1 kg daging
100 gm rempah opor
20 ulas bawang kecil ~ dikisar
4 ulas bawang putih ~ dikisar
4 cm halia ~ dikisar
20 tangkai cili kering ~ kisar
air asam jawa secukupnya
1 1/2 liter santan
2 batang serai ~ diketuk
100 gm kerisik
minyak untuk menumis
750 ml air

BAHAN UNTUK TUMISAN:-
4 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkig

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumisan tadi hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar dan rempah opor, kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dengan air dan masak hingga mendidih. Masukkan santan kecilkan api. biarkan daging empukk dan kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan kerisik, serai, air asam jawa, gula dan garam masak hingga pecah minyak dan daging empuk.

NASI BERINGIN.

BAHAN2NYA;-
1 kg beras basmati
10 ulas bawang merah ~ hiris halus
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
2 cm halia ~ hiris nipis
1 batang serai ~ dihiris halus
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
air secukupnya
1 tin susu cair
sedikit minyak sapi
1 helai daun pandan
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA:-

  1. Panaskan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Tumis hingga naik bau
  3. Kemudian masukkan beras basmati yang telah dicuci dan susu cair serta air yang sama banyak dengan sukatan beras, jangan lupa masukkan daun pandan.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa hingga masak.

RENDANG MINANG.

BAHAN2NYA:-
1 kg daging ~ potong besar
1 kg santan
15 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
4 cm halia ~ dikisar
sedikit buah pala ~ ditumbuk
garam dan gula secukup rasa
10 batang serai ~ diketuk
2 cm lengkuas ~ diketuk
1 helai daun pandan ~ di simpul

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Campurkan bahan yang dikisar dengan santan. Masukkan serai, lengkuas dan daun pandan. Rendangkan dalam kuali. Setelah kuah agak pekat masukkan daging, buah pala, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan masak hingga kering dan warna rendang bertukar menjadi warna gelap.

p/s:-boleh titambah kerisik jika anda suka..

SAMBAL BALI AYAM

BAHAN2NYA:-
1 ekor ayam ~ potong 12
300 gm cili kering ~ dikisar
5 ulas bawang merah ~ dikisar
6 ulas bawang putih ~ dikisar
100 gm lengkuas ~ diketuk
10 batang serai ~ dketuk
1 tangkai daun kari
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
sedikit asam jawa

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Bersihkan ayam dan tus.
  2. Goreng ayam tanpa garam dan kunyit, jangan sampai garing. Angkat dan tuskan.
  3. Tumis serai yang telah diketuk bersama daun kari dan goreng sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar dan kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan bawang merah dan putih yang telah dikisar dan kacau sebati.
  6. Masukkan kicap manis, air asam jawa, lengkuas dan gula kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan ayam dan kacau sebati dengan api yang kecil sehingga pecah minyak dan tutup api, bolehlah dihidangkan.
p/s:- kalau rasa agak tawar bolehlah ditambah sedikit garam bagi mengenakkan lagi rasanya..rasa terpulang pada individu..

GULAI LEMAK CILIPADI UDANG DENGAN REBUNG

BAHAN2NYA:-
300 gm udang sederhana besar
200 gm rebung ~ hiris nipis
300 ml santan
2 keping asam gelugur
air secukupnya
4 tangkai cili padi ~ diketuk
1 batang serai ~ diketuk
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit

CARA MENYEDIAKANNYA:-

  1. Masukkan ke dalam periuk semua bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan, air, asam gelugur, cili padi dan serai.
  2. Didihkan atas dapur dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan rebung dan kacau sebentar.
  3. Kemudian baru dimasukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula, kalau suka boleh lah di tambah dengan serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.


p/s:- jika suka pedas boleh la cili padi di tambah dan dikisar bersama bahan2 kisar tadi, tambah ikut citarasa anda..

SOTONG TUMIS HALBA.

BAHAN2NYA:-
300gm sotong
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 cm halia ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
5 tangkai cili hijau ~ dihiris
1 batang serai ~ diketuk
2 sudu kecil halba
2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji limau nipis
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAKNYA:-
Tumis semua bahan hiris, serbuk kunyit dan halba hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong, garam, gula, serbuk perasa dan limau nipis secukup rasa dan gaul sebati sehingga sotong benar2 masak..

Saturday, January 7, 2012

AYAM MASAK KALIO

BAHAN2:-
400 gm ayam ~ potong sederhana
200 gm cili merah(buang biji)
2 sudu besar cabai kering kisar
250 ml santan
1 helai daun kunyit ~ di mayang
minyak secukupnya
garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:-
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 batang serai
20 gm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKANNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili merah dan cili kering kisar. Biarkan hingga garing. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air dan masak sehingga pekat. Biarkan lebih kurang 15-20 minit. Taburkan daun kunyit kacau dan sedia di hidangkan.

DAGING ASAM PEDAS BUNGA KANTAN

BAHAN2:-
500 gm daging ~ potong kiub @ nipis
3 tangkai cili merah ~ buang biji & kisar
3 sudu besar cili kering kisar
2 kuntum bunga kantan ~ dimayang
2 biji buah keras
200 ml air asam jawa
sedikit minyak, belacan, garam & gula

BAHAN KISAR:-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili merah, cili kisar dan belacan. Kacau hingga sebati kemudian masukkan daging dan kacau rata.
  3. Selepas itu masukkan air asam jawa, bunga kantan dan buah keras. Kacau hingga mendidih sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila kuah sudah agak mendidh dan daging pun empuk bolehlah dihidangkan.

GADING GULAI JAWA

BAHAN2:-
500 gm daging ~ potong kiub
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar cili merah kisar
500 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
2 cm belacan

BAHAN KISAR:-
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau. Masukkan belacan dan kunyit hidup.
  2. Kacau hingga sebati. Masukkan cili kisar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar halus.
  3. Kacau dan masukkan daging dan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah sedikit pekat atau pecah minyak..

SUP SINGGANG TULANG

BAHAN2:-
1 kg tulang lembu
3 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia~dihiris
2 cm lengkuas~dihiris
1 cm kulit kayu manis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih, dan kunyit ditumbuk lumat.
  2. Masukkan dalam periuk dan tuangkan air.
  3. Masukkan tulang, lengkuas, halia, asam gelugur dan kulit kayu manis.
  4. Rebus hingga empuk, kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

KERUTUP AYAM MAMA

BAHAN2:-
1 ekor ayam
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
2 sudu besar cili boh
1 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar ~ potong bulat
3 tangkai cili merah ~ belah 2
3 tangkai cili hijau ~ belah 2
750 ml santan
1 1/2 paket rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
sedikit air asam jawa, garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Ayam dipotong ikut suka dan citarasa anda. Bersihkan hingga cuci, ketepikan.
  2. Bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas ditumbuk hingga lumat.  Kemudian gaulkan dengan rempah kari, cili, kerisik, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan rempah yang digaul tadi sehingga agak pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  5. Masukkan ayam, garam, gula dan air asam jawa. Biarkan kuahnya pekat.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, gaul sebentar dan bolehlah dihidangkan.

AYAM GORENG HITAM

BAHAN2:-
1 ekor ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:-
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap selama sejam. Kemudian goreng..

SPAGETI GORENG

BAHAN2:-
1 paket spageti ~ rebus dan toskan
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
1/2 cawan tomato puri
4 sudu besar serbuk cili kasar
4 batang sosej ~ potong nipis
2 biji tomato ~ dicincang
100gm kacang buncih
1 sudu besar basil hancur(kering)
1 biji benggala
4 ketul ayam ~ potong kecil2 ambil isinya
sawi dan daun bawang
garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Sewaktu merebus spageti, air rebusan hendaklah dicampurkan dengan sesudu garam. Setelah empuk toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis kedua jenis bawang hingga layu.
  3. Kemudian masukkan serbuk cili dan puri tomato.
  4. Tumis hingga pecah minyak, masukkan gula, tomato cincang, garam dan basil.
  5. Masukkan pula sosej dan isi ayam, kacau sebentar. Kemudian masukkan kacang buncih, lada benggala, sawi dan daun bawang, kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan spageti dan gaul rata hingga masak.

SPAGETI GORENG TOMATO

BAHAN2:-
200 gm spageti ~ direbus
150gm daging/ayam ~ hiris halus
4 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar ~ dicincang
5 ulas bawang putih ~ dicincang
100gm puri tomato
3 sudu besar sos tomato
80gn cendawan shitake(cendawan hitam) ~ hiris halus
10gm oregano
10gm daun selasih
10gm daun parseli ~ potong kasar
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA2 MEMBUATNYA:-

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih dengan menggunakan minyak zaitun sehingga wangi.
  2. Masukkan dagin/ayam yang telah dihiris dan tumis sehingga daging masak.
  3. Masukkan cendawan dan gaul lagi. Kemudian masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan pasta yang telah direbus dan gaul rata.
  5. Taburkan oregano, daun selasih dan daun parseli dan gaul rata sebelum dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resources