Friday, December 30, 2011

SPIRAL MARINARA.

undefined
p/s-oleh kerana anak2 tak gemarkan tuna saya mengantikan dgn isi ayam...kalau anda gemarkan tuna silakan dan kalau tidak boleh digantikan dgn ayam dan terima kasih sekali lagi pada http://resipicitarasawan.blogspot.com/ kerna berkongsi pasta yang enak ini...jom kita cuba..

BAHAN-BAHANNYA:-
300gm pasta spiral-rebus hingga lembut(6 minit), toskan.
3 ulas bawang putih-cincang halus
3 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
1 tin sos tomato prego
3 ekor sotong-dibersihkan dan potong
10 ekor udang saiz sederhana
1 tin tuna dicincang kasar
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato-potong dadu
1/2 batang carrot-potong dadu
garam dan serbuk lada putih secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Rebus pasta dengan sedikit minyak hingga lembut, toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga perang masukkan carrot, sotong, udang dan sedikit air. Biarkan seketika.
  3. Masukkan pasta, sos tomato prego, sos tomato dan tuna. Gaulkan hingga rata.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.

SPAGHETTI SOS KEJU

undefined
terima kasih pada http://resipicitarasawan.blogspot.com/ kerna berkongsi resepi ini, sedap...harap anda pun boleh cuba..

BAHAN-BAHANNYA:-
200gm spaghetti-rebus hingga lembut
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu besar majerin untuk menumis

BAHAN SOS KEJU:-
2 sudu besar majerin
1/2 labu bawang besar-dicincang
1 sudu besar tepung gandum
600ml susu cair
100gm cendawan butang-dipotong
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
50gm keju parutan keju cheddar
50gm keju untuk taburan

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Panaskan majerin, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan spaghetti, gaul rata dan ketepikan.
  2. Untuk sos keju- Panaskan majerin masukkan bawang besar dan tumis hingga layu. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin dan tidak beketul.
  3. Masukkan cendawan butang, garam, serbuk lada hitam dan keju. Masak hingga hampir kental.
  4. Hidangkan spaghetti bersama sos keju dan taburkan keju.
*sos keju dituangkan ketika hendak dihidagkan supaya sos tidak meresap ke dalam spaghetti.

SPAGHETTI BLALOGNESE

undefined
resepi ini pun saya ambil dari http://resipicitarasawan.blogspot.com/ dan sememangnya sedap, ni semua anak2 la yang dok gaduh sangat suruh buat spagetthi kononnya nak rasa macam mana rasanya sedap ke tak..alhamdullilah sangat sedap, cubalah...

BAHAN-BAHANNYA:-
1 bungkus spaghetti(500gm)

BAHAN-BAHANNYA:-
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih-ditumbuk halus
1 labu bawang besar-dipotong dadu
400gm daging kisar
500ml air
1 kiub stok daging
2 biji buah tomato-potong dadu
1/2 batang carrot-potong dadu
1 tin cendawan butang-dihiris
1 biji ubi kentang-potong dadu
1 botol besar sos tradisional prego
3 sudu besar tomato sos/tomato pure
oregano dan parsley secukupnya
parutan keju jika suka
bebola daging secukupnya jika suka
gula dan garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Rebua spaghetti dengan sedikit minyak dan garam hingga lembut, toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar hingga keemasan, masukkan daging kacau hingga berubah warna dan sedikit kering. Masukkan air, carrot dan ubi kentang dan biarkan sekejap supaya empuk.
  3. Masukkan sos tomato, cendawan, tomato dadu, sos prego, stok daging, oregano, parsley, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  4. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  5. Rebus bebola gading toskan airnya. Sajikan dengan spaghetti dan taburkan keju atasnya.

SALAD SAYUR CAMPURAN

undefined

BAHAN-BAHANNYA:-
1 batang timun
1 biji tomato
1 biji cili bengala(capsium)
5 kelopak daun salad
2 kelopak kobis ungu
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA:-
Cuci, tos dan potong/hiris semua sayuran, gaulkan bersama parutan bawang putih, minyak zaitun, jus lemon, garam dan serbuk lada hitam dan gaul rata. Hidang bersama mayonis/thousand island dressing.

p/s: resepi ni saya ambik kat blog http://resipicitarasawan.blogspot.com/ terima kasih la sbb sudi berkongsi resepi ni, salad ni memang sedap cuma saya x berapa gemarkan capsium jadi saya buat x bubuh capcium tapi rasanya tetap enak harap anda pun dapat merasakan keenakannya bersama saya, jom sama2 saya berdiet dengan salad ini..

Sunday, December 4, 2011

KEK MENTEGA COKLAT..


bahan-bahan:-
5 biji telur (gred A)
1 1/2 cawan gula kasar
1 1/2 cawan butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri-ayak
1 1/2 sudu kecil esen vanila
milk chokolat untuk hiasan-dicairkan
ketulan coklat
1/2 cawan kismis
sedikit coklat cip warna putih+koko

cara membuatnya:-

  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
  2. Pukul mentega di dalam bekas lain hingga kembang.
  3. Kemudian campurkan adunan telur dan gula tadi kedalam adunan mentega dan pukul sebentar.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan esen vanila dan gaul rata.
  6. Masukkan pula kismis da ketulan coklat dan gaul rata,jangan terlalu lama mengaul coklat tadi takut ia mencair.
  7. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.
  8. Lapik acuan kek dengan aluminum foil.
  9. Kemudian bubuh kek dalam bekas kek tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan tadi.
  10. Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 1 jam.
  11. Bila kek telah masak biarkan ia di dalam oven selama 20 minit dan barulah dikeluarkan.
  12. Setelah kek sejuk salutkan kek dengan milk coklat yang telah dicairkan  dan taburkan coklat chip di atasnya dan biarkan coklat tadi kering dan bolehlah dimakan..
#: sebaik-baiknya sukatan cawan ini di sukat dengan cawan yang telah sedia ada di jual di pasaraya, bila sukatan nya betul barulah kek kita menjadi..
#: acuan kek ini hendaklah yang besar kalau acuan kek ini kecil mungkin kek ini akan cepat pecah(merkah) seeloknya biarlah yang besar...

Tuesday, September 13, 2011

DAGING MASAK LADA HITAM.

BAHAN-BAHANNYA:-
1/2 kilo daging- direbus dan potong nipis
3 inci halia - potong nipis2 memanjang
2 sudu besar lada hitam-di tumbuk @ dikisar
1 biji bawang besar- potong bulat
1 biji cili besar- potong nipis memanjang
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
4 biji bawang kecil-ditumbuk halus
3 ulas bawang putih
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
sedikit air

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Tumiskan halia, bawang kecil dan bawang putih yg di tumbuk halus tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga agak kekuningan @ sedikit garing.
  2. Masukkan daging yg siap dipotong nipis dan masukkan sedikit air masak hingga daging sebati.
  3. Kemudian masukkan lada hitam, sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa.
  4. Kacau hingga agak2 kering baru bubuh bawang besar dan cabai besar, kacau sebentar hingga daging sedikit kekeringan. Baru boleh dihidangkan

COKLAT OAT BIJIRIN.

BAHAN-BAHAN:-
350 gm tepung gandum
300 gm butter
100 gm gula perang
150 gm gula kastor
150 gm oat kisar
100 gm cip coklat kecil
100 gm badam cincang
2 sudu kecil soda bikabonat
2 sudu kecil serbuk penaik
secubit garam
1 biji telur

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Pukul butter, gula kastor dan gula perang sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul seketika.
  3. Masukkan kesemua bahan kering dan adunkan sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit doh dan bentukkan ikut kreativit masing2 atau boleh juga ambil sesudu kecil doh dan letak atas dulang pembakar dan tekan dengan garpu.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar biskut pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit @ hingga masak.

KEPAK AYAM BERMADU.

BAHAN-BAHAN:-
6 keping kepak ayam
50gm bawang besar
sedikit salad utk hiasan

BAHAN PERAP:-
sedikit kunyit
sedikit rempah kurma
sedikit garam

BAHAN CAMPURAN:-
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 sudu besar madu
1 sudu kecil oregano
2 helai daun bay

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Bersihkan kepak ayam kemudian perap dengan bahan perap. Perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dan lalu goreng ayam sehingga kekuningan dan masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan bahan campuran seketika, masukkan semula ayam yang telah siap di goreng tadi dan gaul sebati kemudian angkat dan hidangkan.

GULAI REBUNG DENGAN DAGING.

BAHAN-BAHANNYA:-
1 mangkuk rebung madu segar yg siap direbus dan ptng silang2 atas dan bawahnya
RM2 kelapa- ambil patinya dan 1 cawan santan cair
2 bungkus kecil rempak kari daging alagapas-bancuh bersama 1 cawan air
1 mangkuk daging yg siap di potong kecil

BAHAN A:-
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

BAHAN B:-(kisar @ tumbuk halus)
4 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan A kemudian masukkan bahan B dan kacau hingga kekuningan atau sedikit garing kemudian masukkan rempah dan masak rempah hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan kacau sebentar dan masukkan sedikit santan cair bersama rebung yang telah disiang tadi. Masak  hingga daging agak empuk.
  3. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula, kacau hingga sebati dan mendidih. Jangan bagi pecah minyak. Bila gulai sudah mendidih, daging dan rebung telah empuk bolehlah tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.

AYAM MASAK MERAH.

BAHAN-BAHANNYA:-
1 ekor ayam (sederhana kecil)-potong kecil
1 mangkuk kecil cili kisar
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tomato puri

BAHAN A:-
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

BAHAN B:- (kisar bersama)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 biji tomato
segengam cili kering ( ikut selera masing2, kalau suka pedas bubuh byk kalau x suka pedas kurangkan cili)
minyak utk menumis dan mengoreng

HIASAN:-
daun sup dan daun bawang- potong dlm 2@3 inci
1 biji tomato- belah 4
1 1/2 sudu besar kacang peas dlm tin
1 biji bawang besar- potong bulat

CARA MEMASAKNYA:-

  1. Goreng ayam jangan terlalu garing dan angkat, buat hingga habis dan ketepikan.
  2. Guna minyak yang sama cuma kurang kan minyak sedikit, bila minyak sudah panas tumiskan bahan A dan kemudian masukkan bahan2 B tadi. Kacau hingga pecah minyak dan cili masak dengan elok.
  3. Kemudian masukkan tomato puri, susu cair, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Masak hingga sambal agak2 pekat, masukkan ayam dan kacau hingga kuah sambal sedikit kering.
  4. Masukkan bahan2 hiasan tadi dan kaup balik sebentar dan tutup api. Bolehlah di hidangkan.
p/s:-kalau x suka guna susu cair boleh juga diganti dengan pati santan.

SAMBAL TUMIS PETAI DENGAN UDANG.


BAHAN-BAHANNYA:-
1 mangkuk kecil udang - sederhana bersar,
1 mangkuk kecil cili kisar-kisar bersama 1 biji bwg besar,2 ulas bwg putih dan sedikit belacan.
2 keping asam gelugur
4 papan petai- dipotong kecil2
gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa
1 biji bawang besar- potong bulat utk.hiasan
minyak utk menumis
CARA MEMASAKNYA:-

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar yg telah dikisar bersama bwng besar, bwg putih dan belacan tadi. Kemudian masukkan asam gelugur dan masak hingga pecah minyak.
  2. Masukkan petai dan kacau seketika. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Masak hingga petai sedikit lembut dan bubuh udang kacau seketika.
  4. Kemudian masukkan bawang besar yang di potong bulat tadi dan kacau sebentar dan tutup api.
p/s:- ikut selera masing2, kalau nak berkuah biarkan ia berkuah dan kalau nak kering msk lah hingga sambal agk2 kering sedikit.

KEK MARBLE COKLAT..

BAHAN-BAHAN:-
5 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula kasar
1 1/2 cawan mentega
2 1/2 cawan tepung naik sendiri-diayak
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
2@3 sudu kecil sebuk koko
300gm coklat susu

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
  2. Pukul mentega di dalam bekas lain hingga kembang.
  3. Campurkan adunan telur dan gula kedalam adunan mentega dan pukul sebentar.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
  5. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
  6. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celsius selama 20 minit.
  7. Bahagi adunan pada 2 bahagian dan satu bahagian di masukkan serbuk koko dan gaul rata. Satu bahagian lagi di biarkan warna asal.
  8. Bubuh adunan secara berselang seli hingga habis adunan tadi.
  9. Bakar kek pada suhu 150 darjah celsius selama 1jam.
  10. Bila sudah masak buka pintu oven selama 20 minit dan biarkan kek di dalamnya. Kemudian baru diangkat kek tadi.
  11. Bila sudah agak sejuk sapukan coklat susu yang telah dicairkan di atasnya ( ikut citarasa anda nak buat corak @ sapu biasa saja) 
p/s: kalau kek naik tinggi biarkan, bila keluarkan kek dari bekas boleh la di potong bahagian kek yang tinggi itu dan sapu dengan coklat..

JEJARI OAT.

BAHAN-BAHAN:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
1/2 cawan oat-kisar
minyak jagung secukupnya

BAHAN HIASAN:-
sedikit coklat putih
sedikit serbuk roti kuning

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Satukan semua bahan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga boleh di bentuk dan menjadi doh yang lembut.
  2. Terap doh dengan acuan jejari. Kemudian bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
  3. Bila biskut sudah masak sejukkan. Celup biskut dalam coklat putih yang dicairkan dan golekkan di atas serbuk roti kuning tadi. Buat hingga habis biskut.

Wednesday, August 24, 2011

MARUKU BONDA


1 bungkus tepung kacang kuda
1 sudu besar lemuju yg telah dikisar dan ayak
4 sudu besar udang kering-basuh & jemur kemudian kisar halus
250gm tepung ubi
1 bungkus rempak kari daging kecil ( kalau nak pedas tambah rempah)
1 sudu kecil ajinomoto
2setengah sudu kecil garam
daun kari secukupnya
1 biji bawang besar - kisar dan ambil airnya saja dan campur dengan pati santan
pati santan

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Bubuh kacang kuda dalam besen kemudian campurkan tepung ubi, rempah kari, ajinomoto dan garam.
  2. Gaul rata dan kemudian campur lemuju dan udang.
  3. Air bawang yang dicampur dengan pati santan dituang sedikit demi sedikit kedalam adunan tepung dan uli sampai menjadi doh yg lembut. Jangan terlalu banyak air yg dituang, agak2 dan jangan terlalu keras atau lembik...
  4. Masukkan dalam acuan maruku dan putar dalam minyak yang panas. Bila maruku agak kekuningan baru di masuk kan daun kari, daun kari ni ikut suka kalau banyak semakin sedap baunya. Kacau sebentar dan angkat lalu sejatkan minyaknya..

Tuesday, August 23, 2011

POPIA SALJI.


1 bgkus kulit popia
3 sudu besar susu tepung nespray
2 sudu besar gula aising
kuning telur

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Potong atau bahagi 4 kulit popia(jika yang kecil)
  2. Gulung serong atau memanjang ikut suka anda dan lekatkan hujungnya dengan kuning telur. Buat sampai habis kulit.
  3. Kemudian goreng dengan minyak yang banyak. Goreng jangan terlampau garing, kemudian angkat dan sejat.
  4. Biarkan sejuk sebelum dicelup dengan campuran susu dan gula aising tadi.


info* kalau popia nampak byk dari bahan celup tadi boleh lah tambah lagi susu dan gula, susu mesti melebihi gula.

BISKUT NESTUM RANGUP.


400gm butter
140gm gula halus
2 biji kuning telur
60gm tepung jagung
400gm tepung gandum
40gm badam hancur
180gm nestum
1 sudu besar esen vanilla

CARAMEMBUATNYA:-

  1. Pukul butter dengan gula halus sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan kuning telur. Pukul hingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan pula tepung jagung, tepung gandum, badam, nestum dan esen vanilla. Uli sampai menjadi doh.
  4. Canai dan terapkan mengikut acuan yang anda sukai.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga kekuningan atau 20-25 minit.
  6. Hiaskan dengan coklat masakan..

CHOKOLAT BERRY


300gm kellogg's cornflakes
500gm coklat susu kompaun
100gm canberi kering - dicincang
100gm kismis - ptg 2
cawan kertas secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Cairkan coklat susu kemudian masukkan cornflakes, canberi kering dan kismis. Gaul hingga coklat menutupi semua bahan tadi...
  2. Masukkan adunan kedalam cawan kertas, kemudian masukkan ia dalam peti sejuk selama 5-6 minit agar coklat keras.

Monday, August 22, 2011

KUIH KASWI.

BAHAN-BAHAN:-
240gm tepung gandum
50gm tepung ubi
1 sudu teh kapur
50gm kelapa parut~digaul dengan sedikit garam

BAHAN A:-
1.3 liter air
240gm gula pasir
200gm gula merah

* semua bahan A dimasak hingga larut.(sejukkan sebelum di campur dalam aduanan tepung)

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Campurkan tepung gandum bersama tepung ubi dan gaul rata.
  2. Masukkan bahan A bersama kapur dan gaul rata.
  3. Tapis adunan dan tuangkan dalam loyang.
  4. Panaskan kukusan dan kukus hingga masak.
  5. Biarkan sejuk dan potong. Gaulkan bersama kelapa parut dan hidangkan.

info:- jangan biarkan air terlalu banyak, jika tidak adunan akan menjadi terlalu lembik dan sukar di potong.

OAT SUSU

500gm oat
300gm tepung gandum
230gm gula kastor
250gm butter
1 sudu kecil emplex
75gm serbuk koko
50gm serbuk gajus
50gm badam cincang
7 sudu besar minyak sapi
susu tepung nespray ~ untuk disalut

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  2. Campur semua bahan kecuali minyak sapi.
  3. Kacau hingga sebati dan kemudian barulah dimasukkan minyak sapi dan uli adunan hingga lembut.
  4. Canai dan terap adunan mengikut acuan yang disukai.
  5. Bakar pada suhu 175C selama 25 minit.
  6. Selepas biskut sejuk salutkan dengan susu tepung.

BRIGHT EYES COOKIES.


250gm butter
100gm tepung jagung
100gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh air ais
tepung gandum secukupnya
badam cincang secukupnya
jem strawberi secukupnya
putih telur ~ untuk dicelup

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Pukul mentega, gula dan air sejuk. Masukkan telur, esen vanilla dan pukul terus.
  2. Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum, gaul sebati hingga lembut (tepung gandum di bubuh hingga adunan menjadi lembut. Doh jangan terlalu keras).
  3. Bulat-bulatkan adunan dan celupkan dalam putih telur dan lubangkan ditengahnya dan tabur atau celup dalam  badam di sekelilingnya.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak.
  5. Bakar separuh masak, kemudian keluarkan dan isikan jem strawberi ditengah-tengah lubang tadi, bakar semula hingga masak.


ALMOND LONDON

250gm butter
1 biji kuning telur
tepung gandum secukupnya
100gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
100gm gula halus
1/2 sudu teh air ais
coklat masakan ~ cairkan utk celup
badam bij secukupnya ~ panggang sebentar
badam kisar ~ utk ditabur
cawan kertas

CARA MEMBUATNYA:-

  1. Pukul mentega, gula dan air ais. Masukkan telur, esen vanilla dan pukul terus.
  2. Masukkan pula tepung jagung, tepung gandum dan gaul hingga sebati dan lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan masukkan sebiji badam yg telah dipanggang dan kemudian kepal2kan adunan menjadi bujur. Buat sampai habis doh.
  4. Bakar dalam oven hingga masak pada suhu 180C selama 25 minit.
  5. Bila sudah masak, sejukkan sebelum dicelup dalam coklat masakan yg telah dicairkan dan bubuh dalam cawan kertas dan tabur badam atasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resources