5 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula kasar
1 1/2 cawan mentega
2 1/2 cawan tepung naik sendiri-diayak
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
2@3 sudu kecil sebuk koko
300gm coklat susu
CARA MEMBUATNYA:-
- Pukul telur dengan gula hingga kembang.
- Pukul mentega di dalam bekas lain hingga kembang.
- Campurkan adunan telur dan gula kedalam adunan mentega dan pukul sebentar.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
- Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
- Panaskan oven pada suhu 150 darjah celsius selama 20 minit.
- Bahagi adunan pada 2 bahagian dan satu bahagian di masukkan serbuk koko dan gaul rata. Satu bahagian lagi di biarkan warna asal.
- Bubuh adunan secara berselang seli hingga habis adunan tadi.
- Bakar kek pada suhu 150 darjah celsius selama 1jam.
- Bila sudah masak buka pintu oven selama 20 minit dan biarkan kek di dalamnya. Kemudian baru diangkat kek tadi.
- Bila sudah agak sejuk sapukan coklat susu yang telah dicairkan di atasnya ( ikut citarasa anda nak buat corak @ sapu biasa saja)
0 comments:
Post a Comment