terima kasih pada http://resipicitarasawan.blogspot.com/ kerna berkongsi resepi ini, sedap...harap anda pun boleh cuba..
BAHAN-BAHANNYA:-
200gm spaghetti-rebus hingga lembut
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu besar majerin untuk menumis
BAHAN SOS KEJU:-
2 sudu besar majerin
1/2 labu bawang besar-dicincang
1 sudu besar tepung gandum
600ml susu cair
100gm cendawan butang-dipotong
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
50gm keju parutan keju cheddar
50gm keju untuk taburan
CARA MEMBUATNYA:-
- Panaskan majerin, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan spaghetti, gaul rata dan ketepikan.
- Untuk sos keju- Panaskan majerin masukkan bawang besar dan tumis hingga layu. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin dan tidak beketul.
- Masukkan cendawan butang, garam, serbuk lada hitam dan keju. Masak hingga hampir kental.
- Hidangkan spaghetti bersama sos keju dan taburkan keju.
0 comments:
Post a Comment