p/s-oleh kerana anak2 tak gemarkan tuna saya mengantikan dgn isi ayam...kalau anda gemarkan tuna silakan dan kalau tidak boleh digantikan dgn ayam dan terima kasih sekali lagi pada http://resipicitarasawan.blogspot.com/ kerna berkongsi pasta yang enak ini...jom kita cuba..
BAHAN-BAHANNYA:-
300gm pasta spiral-rebus hingga lembut(6 minit), toskan.
3 ulas bawang putih-cincang halus
3 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
1 tin sos tomato prego
3 ekor sotong-dibersihkan dan potong
10 ekor udang saiz sederhana
1 tin tuna dicincang kasar
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato-potong dadu
1/2 batang carrot-potong dadu
garam dan serbuk lada putih secukupnya
CARA MEMBUATNYA:-
- Rebus pasta dengan sedikit minyak hingga lembut, toskan.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga perang masukkan carrot, sotong, udang dan sedikit air. Biarkan seketika.
- Masukkan pasta, sos tomato prego, sos tomato dan tuna. Gaulkan hingga rata.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.